Masalah jerawat yang berulang-ulang?

Anda telah mencuba semua produk yang boleh didapati di kaunter, namun tiada yang berkesan.

Salain daripada basuh muka anda berulang-kali atau menyelaputinya dengan krim topikal, mungkin anda perlu mempertimbangkan beberapa isu berikut?

fingers#1: Jaga Tangan Anda

Jangan menyentuh, menyesat muka anda ataupun memicit jerawat dengan tangan yang kotor.

Kotoran melekat pada jari dan tersembunyi di bawah kuku. Sentuh muka ataupun picit jerawat menggunakan tangan yang kotor seumpama menyapu terus bakteria ke lapisan kulit.

#2: Basuh… dan Keringkan Rambut Anda

Basuh dan keringkan rambut anda, pastikan ia tidak melekat pada muka.

Rambut kita merupakan jiran terdekat kepada kulit muka. Rambut berminyak yang melekat seumpama mengelap wajah anda dengan sehelai kain kotor sepanjang masa.

#3: Basuh Sarung Bantal, Bukan Muka Anda

Bantal merupakan tempat pembiakan bakteria. Tidur dengan muka yang bersih pada bantal yang kotor dan anda akan bangun dengan akne baru pada keesokan paginya.

Gantikan cadar dan sarung bantal anda dengan kerap. Cahaya matahari merupakan disinfektan semula jadi, jemur bantal di bawah sinaran matahari untuk beberapa jam.

#4: Alas Katil dan Selimut

Jika anda mempunyai jerawat di bahagian badan anda yang lain, basuh alas katil dan selimut selalu. Pastikan anda mandi dan bertukar kepada pakaian bersih selepas bersenam.

Write a comment:

You must be logged in to post a comment.

KKLIU 0666/2015 © Klinik Dr. Ko. Direka oleh Shock Media Studio