Ekzema & Psoriasis

Fikir Betul-betul Sebelum Solek

Tutupi ekzema atau psoriasis dengan produk kosmetik yang tidak sesuai akan memburukkan keadaan kulit.

Istilah ekzema merujuk kepada pelbagai jenis penyakit kulit radang. Punca utama ekzema tidak diketahui tetapi ia berkaitan dengan genetik individu di mana sistem imun badan mempunyai respon yang terlalu aktif.
Biasanya, sabun, kain, peluh, binatang dan perengsa lain boleh mencetus ekzema. Ia tidak akan merebak tetapi tidak sedap dipandang. Ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan, gatal dan berlepuh. Oleh itu, garu-garuan boleh mengakibatkan pembentukan nanah dan kudis.

eczema

psoriasis

Psoriasis adalah keadaan kronik yang berulang-ulang kerana pertumbuhan sel-sel kulit yang tidak terkawal. Sel-sel lama akan bertimbun dan kelihatan tebal, bersisik serta menyebabkan rasa gatal. Karena psoriasis susah diduga dan menyukarkan rawatan. Adalah penting untuk berfikiran terbuka, mempunyai kesabaran dan sedia bekerjasama dengan doktor untuk menjayakan rawatan anda.

Para kami yang berpengalaman sedia membantu anda untuk merancang terapi yang paling bersesuaian dengan keadaan anda.

Kami Boleh Bantu

Penderita eczema dan psoriasis sering menggaru kulit mereka kerana rasa gatal. Biasanya, krim topikal akan diberi untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan kegatalan.

Bagi kes-kes yang parah, ubat oral seperti antihistamin atau kortikosteroid akan dipreskripsikan untuk mengawal gejala eczema dan psoriasis dengan lebih berkesan. Jika tanda-tanda jangkitan muncul, antibiotic akan diberi. Supplemen seperti omega-3, vitamin D dan vitamin E boleh menggalakkan penyembuhan kulit.

Fototherapy mendedahkan kulit kepada cahaya ultra-ungu dalam kuantiti yang terkawal untuk melambatkan pertumbuhan sel-sel kulit dan mengurangkan keadaan kulit bersisik dan gatal.

Beauty Alert!

Tips kecantikan dari Klinik Dr. Ko, tidak kira dimana anda berada!
Sila masukkan emel anda untuk info terkini.



Kami Boleh Bantu.

Tidak tahu apa yang harus anda dipilih? Serahkan tugas yang rumit ini kepada kami! Di Klinik Pakar Kulit KO, kami mempunyai rangkaian rawatan yang lengkap untuk membasmi dilema anda.

Sila dapatkan bantuan doktor kami untuk menentukan rawatan yang paling sesuai dengan anda.

Panggil kami untuk maklumat lanjut→

Talian kami dibuka pada:
Isnin / Khamis / Sabtu (10:00am – 6:00pm),
Selasa / Rabu / Jumaat (10:00am – 9:00pm),
Tutup Hari Ahad.

“Untuk hasil yang anda boleh lihat, sentuh dan rasa.”

Terokai senarai perkhidmatan kami