Wajah Kering & Kusam

Wajah Kering dan Mengelupas?

Banyak air yang kamu minum, namun ia hanya menambahkan rasa ingin ke tandas.
Minum air memang penting tetapi air yang kita minum tidak akan disalurkan secara langsung ke lapisan kulit kita. Kulit yang kering lebih baik jika dirawat dari luar. Pembersih muka yang tidak sesuai, minyak wangi, mandi atau berenang terlalu kerap, penghawa dingin, cahaya matahari, perubahan iklim dan faktor-faktor yang lain akan mempengaruhi kekeringan kulit anda. Kekeringan kulit tidak terhad kepada keadaan kulit yang ketat atau mengelupas. Tanpa penjagaan yang betul, kulit yang kering akan menyebabkan garis-garis halus, kedutan dan penuaan pra-matang. Oleh itu, meningkatkan kelembapan kulit dan fungsi halangan kulit serta aplikasi sunscreen yang sesuai adalah cara yang lebih berkesan.

rehydration

Kami Boleh Bantu

Tingkatkan kelembapan kulit anda dan kembalikan wajah yang lebih muda dan berseri.
Asid hialuronik merupakan “kunci awet muda”.

Ia memainkan peranan yang penting untuk merangsang pertumbuhan dan pembaharuan sel. Ia juga mengikat partikel air dan memulihkan keanjalan kulit. Suntikan asid hialuronik melalui teknik Mesotherapy boleh mengembalikan keanjalan dan keteganan kulit anda serta memperbaiki kulit dari dalam.

Vitaliont Facial Treatment menggalakkan penjanaan kolagen dan elastin untuk kulit yang sihat dan berseri. Ia merupakan rawatan yang mendalam dan mampu memberikan hidrasi yang intensif kepada kulit.

Beauty Alert!

Tips kecantikan dari Klinik Dr. Ko, tidak kira dimana anda berada!
Sila masukkan emel anda untuk info terkini.



Kami Boleh Bantu.

Tidak tahu apa yang harus anda dipilih? Serahkan tugas yang rumit ini kepada kami! Di Klinik Pakar Kulit KO, kami mempunyai rangkaian rawatan yang lengkap untuk membasmi dilema anda.

Sila dapatkan bantuan doktor kami untuk menentukan rawatan yang paling sesuai dengan anda.

Panggil kami untuk maklumat lanjut→

Talian kami dibuka pada:
Isnin / Khamis / Sabtu (10:00am – 6:00pm),
Selasa / Rabu / Jumaat (10:00am – 9:00pm),
Tutup Hari Ahad.

“Untuk hasil yang anda boleh lihat, sentuh dan rasa.”

Terokai senarai perkhidmatan kami