Pigmentasi, Tona Tidak Sekata & Tahi Lalat

Nampak Macam Dalmatian?

Pigmentasi bermaksud pewarna. Isu-isu seperti melasma, freckles dan tahi lalat adalah masalah yang berkaitan dengan pigmentasi.

Apabila sel-sel kulit rosak atau tidak sihat, ia akan menjejaskan penghasilan melanin dan menyebabkan warna kulit bertompok dan tidak sekata. Tompok-tompok kulit berwarna coklat, coklat gelap, biru kelabu dan juga biru hitam.

Melasma merupakan keadaan pigmentasi kulit yang sering dialami oleh wanita, terutamanya wanita mengandung. Melasma adalah tompokan berwarna coklat di kawasan kulit yang sering terdedah kepada sinaran matahari, contohnya: pipi, hidung, dahi dan atas bibir.

Freckles adalah bintik-bintik coklat yang selalu muncul di kawasan kulit yang kerap disinari matahari, dan sering dihadapi pada orang yang berwarna kulit cerah. Ia juga boleh diwarisi oleh mereka yang berkulit gelap. Biasanya, freckles muncul sekitar umur 5 tahun dan pudar bila dewasa.

Kebiasaannya, individu yang berkulit cerah mempunyai lebih banyak tahi lalat berbanding dengan mereka yang berkulit gelap. Sebahagian besar tahi lalat wujud masa lahir dan boleh berubah dalam bentuk atau bilangan. Tahi lalat tidak berbahaya tetapi boleh menjejaskan keyakinan anda.

pigmentation

Kami Boleh Bantu

  • Chemical Peel – Mengeksfoliasi sel-sel kulit lama untuk mencerahkan warna kulit.
  • Vitaliont Facial Treatment – Rawatan Vitamin C yang mendalam untuk menghalang pembentukan melanin yang berlebihan.
  • Dual Yellow Light
  • Line Xel
  • Fraxel, Evo
  • Spectra Action
  • Helios II, Tri-Beam, Medlite C6, Revlite
  • Gentle Max Pro, Clarity
  • V Beam

Beauty Alert!

Tips kecantikan dari Klinik Dr. Ko, tidak kira dimana anda berada!
Sila masukkan emel anda untuk info terkini.



Kami Boleh Bantu.

Tidak tahu apa yang harus anda dipilih? Serahkan tugas yang rumit ini kepada kami! Di Klinik Pakar Kulit KO, kami mempunyai rangkaian rawatan yang lengkap untuk membasmi dilema anda.

Sila dapatkan bantuan doktor kami untuk menentukan rawatan yang paling sesuai dengan anda.

Panggil kami untuk maklumat lanjut→

Talian kami dibuka pada:
Isnin / Khamis / Sabtu (10:00am – 6:00pm),
Selasa / Rabu / Jumaat (10:00am – 9:00pm),
Tutup Hari Ahad.

“Untuk hasil yang anda boleh lihat, sentuh dan rasa.”

Terokai senarai perkhidmatan kami