Apakah Picoway?

Anggaplah ia sebagai pemadam. PicoWay ialah rawatan laser terkini dan termaju untuk menghilangkan tatu, pigmentasi, ketaksekataan kulit dan tanda-tanda penuaan. Diimport dari Amerika Syarikat, teknologi baru PicoWay menggunakan denyutan yang paling pendek dalam pasaran, yang diukur dalam unit pikosaat (satu per satu trillion saat) untuk menghilangkan pigmentasi dari bahagian dalam kulit, memberikan anda kulit yang cerah, dengan hasil yang selamat dan selesa.

Bagaimana ia berfungsi

Cahaya laser PicoWay disasarkan kepada pigmen yang tidak diingini, yang sepadan dengan panjang gelombang laser tertentu dalam denyutan pikosaat yang ultrapendek. Denyutan ini memecahkan pigmen menjadi partikel yang sangat kecil, yang kemudiannya disingkirkan dengan mudah melalui proses semula jadi tubuh.

Kelebihannya

PicoWay ialah alternatif utama kepada kaedah pembuangan tatu tradisional menggunakan laser. Ia lebih lembut, lebih baik, lebih cepat dan lebih kuat berbanding penyelesaian laser yang lain.

Lebih lembut : PicoWay ialah pilihan rawatan yang selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit. Tenaga laser menyasarkan partikel pigmen terpilih sementara kulit di sekitar tidak terganggu. Rawatan ini mengeluarkan tenaga haba yang kurang berbanding laser tradisional dan juga mengurangkan risiko kecederaan haba. Tahap ketidakselesaan semasa rawatan adalah minimum dengan kesan sampingan yang sedikit dan tanpa masa pemulihan.

Lebih baik : Kebanyakan rawatan laser tidak sesuai untuk warna kulit yang lebih gelap kerana terlalu banyak tenaga diserap oleh kulit dan bukannya partikel pigmen yang disasarkan. Ia bukan sahaja menjejaskan hasil yang diperolehi tetapi juga meningkatkan risiko kecederaan. Tenaga laser PicoWay memberi tumpuan kepada partikel pigmen terpilih sambil mengurangkan jumlah haba yang diserap oleh kulit. PicoWay berkesan walaupun pada tatu pelbagai warna yang degil dan memberi hasil yang pantas dan lebih baik, untuk kulit berwarna gelap sekalipun.

Lebih cepat : Dapatkan kulit yang lebih cerah dengan bilangan rawatan yang kurang menggunakan PicoWay. Denyutan pikosaat ultrapendek merawat keadaan kulit menggunakan tenaga denyutan tinggi dengan tempoh denyutan yang sangat pendek. Ia mampu beroperasi pada panjang gelombang 532nm, 785nm dan 1064nm, yang disesuaikan mengikut keadaan kulit anda yang khusus.

Lebih Kuat : Bagaimana jika anda mengambil 10 kali ganda kuasa yang menyalakan bandar Paris dan menumpukannya ke titik bersaiz 5mm? Tenaga laser PicoWay cukup berkuasa untuk memecahkan kesan dakwat degil dan partikel pigmen di bawah kulit, namun cukup lembut untuk melindungi kulit daripada kecederaan.

Picoway_Page_1

Picoway_Page_2

PicoWay sesuai untuk

  • Tatu berwarna
  • Pigmentasi
  • Bintik-bintik kulit
  • Tanda-tanda penuaan
  • Ketaksekataan kulit

Hasil rawatan, bilangan sesi dan tahap ketidakselesaan berbeza mengikut jenis dan lokasi luka berpigmen atau tatu pada tubuh. Dapatkan nasihat doktor kami untuk memahami bagaimana PicoWay boleh membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah.

Sebelum & Selepas

Picoway_Page_3

Picoway_Page_3

Picoway_Page_3

Picoway_Page_3

Pakar Kulit Ko Perkenal Mesin Rawatan Laser PicoWay

Kami Ingin Mendengar Dari Anda!

Hubungi kami di

1800 22 33 22

Waktu Perniagaan:
Isnin/Khamis/Sabtu (10:00am – 6:00pm),
Selasa/Rabu/Jumaat (10:00am – 9:00pm),
Tutup pada hari Ahad.

Klang (Ibu Pejabat)
Klinik Pakar Kulit Ko Sdn Bhd
10A-22A, Jalan Temoh,
Off Jalan Goh Hock Huat,
41400 Klang, Selangor,
Malaysia.

T: +603 3343 3140

T: +603 3343 3142

F: +603 3345 3299

Lihat semua pusat kedai →

Bagaimana kami boleh membantu anda?

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan, temujanji atau memberi kami maklum balas tentang laman web dan/atau produk dan perkhidmatan kami, sila hubungi kami di sini. Kami gembira mendengar dari anda.

Untuk sentuhan kejelitaan luaran dan dalaman.

Layari pelbagai perkhidmatan yang disediakan