Women's running legs, pink-gray sports shoe detail

Dengan kewujudan internet, muncul pula pelbagai trend diet. Walaupun sesetengah diet ini mungkin berkesan, pada asasnya cara terbaik untuk menurunkan berat badan ialah dengan pengambilan kalori yang lebih rendah berbanding yang dibakar dalam sehari. Namun, perkara yang mudah juga boleh menjadi susah dan kompleks.

Ramai percaya bahawa mereka harus makan sedikit sahaja. Walaupun anda boleh menurunkan berat badan dengan cara ini, ia juga boleh menyebabkan masalah jantung yang serius.

Jadi, apa sekarang?

#1 Cari senaman yang anda gemar lakukan

Sebagaimana yang kita semua tahu, anda hanya akan bersenam jika anda benar-benar menyukainya. Sama ada anda gemar bersenam di gym ataupun joging di kawasan perumahan anda, pilih senaman yang anda sukai, agar anda lebih cenderung melakukannya.

#2 Rancang pemakanan anda

Jika anda sudah merasa terlalu lapar semasa cuba memutuskan apa yang hendak dimakan, anda akan memilih makanan yang cepat dan mudah, dan ini biasanya bermakna makanan dengan kandungan kalori dan lemak yang tinggi. Jika anda merancang makanan anda terlebih dahulu, anda lebih berkemungkinan memakan makanan sihat, masakan sendiri dan bukannya bergegas ke restoran makanan segera yang terdekat.



#3 Ganjaran kepada diri sendiri

Perkara terburuk yang anda boleh lakukan semasa cuba menurunkan berat badan ialah sentiasa menafikan diri anda. Diet yang sihat untuk sehari tidak akan membuat anda sihat, diet tidak sihat untuk sehari tidak akan membuat anda tidak sihat. Pilih satu hari untuk makanan kegemaran anda. Ganjaran anda tidak semestinya makanan, anda boleh pergi membeli-belah atau menonton wayang.

#4 Cari rakan

Segala-galanya lebih mudah dengan sokongan, terutama sekali untuk matlamat yang sama. Dengannya rakan, anda boleh mendorong sesama sendiri untuk bersenam secara sukarela dan terus mengikuti diet yang betul.

Write a comment:

You must be logged in to post a comment.

KKLIU 0666/2015 © Klinik Dr. Ko. Direka oleh Shock Media Studio