Décoction de plantes et fleurs médicinales

Pertama sekali, tiada piawaian untuk istilah “semulajadi”. Ia hanyalah salah satu teknik pemasaran yang digunakan oleh syarikat kosmetik. Selagi produk tersebut mengandungi satu atau lebih dari satu bahan bukan sintetik, sesiapa pun boleh label formulasi mereka sebagai “semulajadi”.

Perkataan “semulajadi” ini tidak terikat dengan sebarang panduan universal. Tiada undang-undang yang menentukan kesahihan tuntutan sedemikian. Malah untuk USDA sekalipun, tiada garis panduan untuk label produk sebagai organik.

Syarikat kosmetik boleh menggunakan dakwaan “organik” sekiranya ramuan organik yang diperakui oleh USDA didapati dalam produk mereka, sama ada sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.

Sebagaimana sayuran yang ditanam dengan racun serangga boleh dijual sebagai “sayuran segar” di pasar, tumbuhan dan herba yang disembur dengan racun serangga boleh diproses menjadi krim dan dijual sebagai “produk semulajadi”. Oleh kerana alkohol terhasil daripada proses fermentasi, ia juga boleh dianggap sebagai bahan semulajadi.

Satu lagi isu ialah “100% semulajadi” tidak bermakna bahawa produk tersebut sesuai untuk “semua jenis kulit”. Walaupun ianya semulajadi, kandungan seperti mentol, eucalyptus dan ros boleh mencetuskan reaksi alahan dalam sesetengah orang.

lab
“100% semulajadi” juga menandakan jangka hayat produk yang lebih pendek serta mudah dijangkit kulat atau dikontaminasi, terutama sekali di negara iklim tropis, hangat dan lembab sepanjang tahun seperti Malaysia.

Berapa lama jus oren perahan segar boleh tahan? Dan anda mengandaikan “rumusan semulajadi” di meja solek anda boleh kekal segar selama setahun?

Jika anda benar berjaya mendapatkan bahan penjagaan kulit semulajadi, ini nasihat kami: simpan dalam peti sejuk, dan jika ia disimpan dalam bentuk jar, jangan masukkan jari anda ke dalamnya, gunakan spatula.

Apa yang harus diingati ialah, baca kandungan dengan teliti. Sama ada semulajadi atau sintetik, apa yang sesuai untuk orang lain mungkin tidak sesuai untuk anda. Harga juga bukan penunjuk yang tepat, terdapat produk berkesan yang boleh dibeli dari farmasi dan ada juga jenama mahal yang memburukkan lagi keadaan kulit.

Write a comment:

You must be logged in to post a comment.

KKLIU 0666/2015 © Klinik Dr. Ko. Direka oleh Shock Media Studio