P6230046 - resize

oleh Gladys

Manusia adalah 99.5% serupa pada tahap DNA, hanya 0.5% yang membuat kita berbeza. Kesan 0.5% ini adalah menarik – dari penampilan seperti warna mata, rambut yang lurus atau keriting… sehingga risiko menghidapi penyakit dan bagaimana kita memetabolisme ubatan.

Sebagai salah satu pusat rawatan estetik dan pembedahan plastik yang terkemuka di Asia, KO Skin Specialist dengan bangganya mempersembahkan KO PreTect.

KO PreTect bukan sekadar “ujian biasa”, tetapi merupakan program rawatan berpandukan genetik yang direka khas berdasarkan kesejahteraan anda pada masa akan datang.

Ketahui keadaan kesihatan, kecergasan dan kecantikan anda pada masa depan.

Berdasarkan keputusan anda, pakar kami akan menasihati anda berkenaan langkah-langkah pencegahan yang berkesan, sesuai mengikut keperluan genetik anda yang khusus.

Sukar difahami? Tidak mengapa, berikut merupakan beberapa contoh mudah apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh KO PreTect:

Ya

Kami boleh mengenal pasti tahap kefungsian enzim berdasarkan gen anda. Contohnya: Tahap keaktifan enzim antioksidan anda, yang mana mungkin melambatkan atau mempercepatkan kadar penuaan.

Kami boleh menerangkan reaksi anda terhadap bahan, ubatan atau rawatan tertentu. Contohnya: Intoleransi laktosa.

Kami bolehmengetahui risiko anda mendapat keadaan tertentu. Contohnya: Obesiti.

dna structure

Tidak

Kami tidak boleh menunjukkan keadaan rupa anda dalam 20 tahun, biarlah app dalam telefon pintar anda yang lakukannya.

Kami tidak boleh mengubah gen anda agar anda boleh meminum susu lembu. Tidak usah ganggu gen anda, tukar sahaja kepada susu soya.

Kami tidak boleh membuang “gen gemuk” anda ataupun meramal tahap kegemukan anda. Namun, kami boleh membantu mengawal pembentukan lemak dengan pelan pemakanan atau pelan rawatan yang sesuai.

pretect step - my

Keseluruhan proses ini agak mudah. Keputusan boleh didapati dalam 2 minggu.

Anda hanya perlu melakukan ujian ini sekali seumur hidup.

Ingat bahawa faktor persekitaran dan gaya hidup juga boleh memberi kesan terhadap pembentukan masalah dan gangguan gen. Maka, walaupun gen anda menunjukkan sesuatu, ia masih belum pasti akan berlaku.

Terdapat cara untuk menghalang keadaan tertentu. Seperti kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubat.” Jika anda memilih untuk melakukan ujian ini, sila dengar nasihat doktor anda selepas itu.

KO PreTect results


Write a comment:

You must be logged in to post a comment.

KKLIU 0666/2015 © Klinik Dr. Ko. Direka oleh Shock Media Studio