Water

Cuaca panas boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam, itulah yang lazim dipercayai oleh kebanyakan orang.

Maka, untuk negara-negara tropika seperti Malaysia, penggemar kecantikan mempercayai bahawa losyen pelindung kulit boleh menyelesaikan masalah mereka.

Hakikatnya ialah, di bawah cuaca yang panas dan lembap, suhu tinggi menambahkan penghasilan peluh tetapi kelembapan yang tinggi menghalang peluh daripada menyejat.

Ini boleh menyebabkan liang-liang roma tersumbat, akne terbentuk, dan meningkatkan risiko jangkitan bakteria atau kulat.

Pembersihan yang betul adalah penting untuk kulit yang sihat dan bebas daripada akne. Pembersihan mendalam akan menyingkirkan sebum dan kotoran yang terkumpul pada kulit sehari suntuk.

Basuh muka anda dengan air suam. Kebanyakan produk pembersih di pasaran bertindak dengan air suam. Jika suhu air tidak cukup tinggi, kotoran tidak dapat dibersihkan sepenuhnya dan meninggalkan sisa-sisa pada kulit anda, lantas menyebabkan liang roma tersumbat. Namun, jika air terlalu panas, ia akan menyebabkan kulit menjadi terlalu kering.

Maksud “air suam” ialah kulit anda sepatutnya rasa selesa apabila bersentuhan dengan air, bukan panas membakar kulit ataupun sejuk memedih. Secara spesifik, suhu air harus berada di antara 35 – 37 darjah Celsius.

Akhirnya, jangan lupa untuk memakai pelembap kulit yang ringan untuk memastikan kulit anda terhidrat. Pelembap membantu mengekalkan keseimbangan sebum dan air – semasa hujan atau panas, berkelembapan tinggi mahupun kering.

KKLIU 0666/2015 © Klinik Dr. Ko. Direka oleh Shock Media Studio