brushes - resize

Kebanyakan orang akan memberitahu anda: jangan mekap.

Serius? Tunjukkan tompok merah anda semasa majlis perkahwinan dan parti? Mekap tidak dapat dielakkan. Berikut merupakan beberapa tip untuk memastikan rutin mekap anda tidak menjadi kelam kabut.

Kerengsaan kulit mudah berlaku, misalnya berus solek yang kotor. Setiap kali sebelum berus menyentuh kulit anda, ia perlu dibersihkan. Jangan berikan bakteria peluang untuk tinggal di berus pindah kepada kulit anda dan mengakibatkan kemerahan. Bersihkan berus solek anda dengan kerap, khususnya tangan anda.

Pelembap dan pelindung matahari merupakan keperluan asas untuk kulit yang kelihatan sempurna. Jika kulit anda kering dan merekah, tiada mekap yang akan membantu. Sapukan sedikit pelembab dan losyen pelindung matahari yang ringan sebelum memakai sebarang mekap.


Bagi mereka dengan rosasea, kulit akan kelihatan lagi kemerahan apabila terdedah kepada haba atau bersenam. Gunakan primer dan concealer dengan ton warna hijau. Warna hijau boleh menyembunyikan warna merah pada kulit. Cuba ton warna berbeza untuk mencari padanan yang terbaik.

Berhati-hati dengan bedak asas yang boleh membuatkan kulit berwarna jingga. Pilih bedak asas ton panas untuk dipadankan dengan primer dan concealer hijau anda, tetapi tidak terlalu hangat sehingga ia membuatkan kulit anda bertukar menjadi jingga.

Satu lagi idea yang baik untuk kulit rosasea ialah mekap mineral. Mekap mineral mengurangkan stres ke atas kulit anda, lantas mengurangkan peluang berlakunya kerengsaan kulit.

mineral makeup

Write a comment:

You must be logged in to post a comment.

KKLIU 0666/2015 © Klinik Dr. Ko. Direka oleh Shock Media Studio