turkey

Wanita biasanya menjaga wajah mereka dan memastikan ianya pejal dan lembut. Namun, kulit pada bahagian leher adalah lebih sensitif daripada kulit muka dan ia menua lebih cepat.

Anda tentu pernah melihat sesetengah wanita yang menggunakan mekap dan menyapunya sampai ke hujung dagu sahaja.

Semakin usia meningkat, wanita yang paling teliti pun akan lazim terlupa untuk menjaga leher dan mendedahkan leher seakan kulit ayam belanda yang dimamah usia.

Kulit bahagian leher memerlukan perhatian agar ia tidak mendedahkan usia anda.

Tidak mahu kedutan di leher mengkhianati usia sebenar anda? Lihat cadangan berikut:

  • Pelembap merupakan teman baik wanita (selain daripada berlian, tentunya). Pelembap yang paling mahal tidak semestinya terbaik; apa yang paling sesuai untuk anda adalah yang terbaik. Sapukan pelembap pada bahagian leher siang dan malam.
  • Setiap malam, bersihkan sebarang mekap dengan teliti. Jangan lupa bahagian leher, bawah dagu dan telinga.
  • sleep

  • Kita semua kenali losyen pelindung matahari. Agak sukar untuk memakai losyen pelindung matahari pada muka dan leher sekiranya anda memakai mekap. Dalam situasi sebegini, cari foundation yang mengandungi SPF atau losyen pelindung matahari berwarna. Apabila anda tidak memakai mekap, pastikan anda sapukan losyen pelindung matahari sebelum keluar.
  • Semua usaha anda sepanjang hari boleh dihampakan oleh postur semasa tidur. Cuba tidur dengan berbaring pada belakang, agar muka dan leher anda dijauhi daripada kedutan semasa tidur, kerana ia boleh menjadi tetap.
  • Bersenam. Kita sering diingatkan untuk bersenam. Ianya benar. Otot leher anda akan menghargainya.
  • Elakkan diet yo-yo dan amalkan pemakanan yang sihat. Diet yo-yo mengakibatkan kulit pramatang.

KKLIU 0666/2015 © Klinik Dr. Ko. Direka oleh Shock Media Studio