day night

Satu Krim untuk Siang dan Malam

Meskipun terdapat mereka yang tekun mengamalkan rutin penjagaan kulit untuk siang dan malam dengan dua pelembap yang berbeza, terdapat juga mereka yang berfikir “kenapa susah-susah” dan memilih satu pelembap serba guna untuk siang dan malam, malah boleh dipakai di bawah mekap.

Secara keseluruhannya, keadaan kulit anda akan menentukan apa yang disapu pada muka anda. Pastikan anda menggunakan pelindung matahari yang mencukupi dan bersihkan muka dengan teliti pada hujung hari. Dua pelembap yang berasingan ataupun hanya satu, terpulang kepada pilihan peribadi dan poket anda.

12h

Bila anda memerlukan pelembap berasingan untuk siang dan malam

  • Moto anda ialah “Produk khusus untuk waktu khusus”, dan anda sangat tekun mengikuti rutin.
  • Anda lebih gemar menggunakan pelembap ringan yang mengandungi SPF di bawah mekap pada siang hari, dan pelembap pekat tanpa SPF untuk memperbaiki kulit semasa tidur.
  • Kebanyakan pelembap pencerah kulit disyorkan untuk penggunaan waktu malam. Maka, anda perlu menggunakan pelembap lain untuk siang hari.
24h

Bila anda boleh menggunakan satu pelembap sahaja

  • Moto anda ialah “Biarlah mudah”, atau anda sentiasa sibuk.
  • Anda menggunakan krim pelindung matahari atau krim asas dengan SPF selepas melembapkan muka pada waktu siang. Maka, anda boleh menggunakan pelembap yang sama untuk siang atau malam.
  • Kulit anda sangat berminyak, cenderung mengalami masalah akne atau sensitif, lantas mengurangkan penggunaan terlalu banyak produk adalah pilihan yang lebih baik.
Write a comment:

You must be logged in to post a comment.

KKLIU 0666/2015 © Klinik Dr. Ko. Direka oleh Shock Media Studio