fillers

Apabila bercakap mengenai isu wajah – hidung yang berada di tengah-tengah muka anda – ia bukanlah masa untuk tawar-menawar dan mencari harga terendah.

Cara tradisional untuk mengubah bentuk hidung, iaitu rinoplasti, melibatkan risiko pembedahan, tempoh pemulihan yang panjang, dan kos yang tinggi.

Maka, 2 prosedur tanpa pembedahan telah diperkenalkan – filler permanent dan filler temporary.

Kedua-duanya disuntik ke bawah kulit hidung. Salah satu dikatakan mempunyai kesan tetap, manakala yang satu lagi akan pudar dalam masa lebih kurang setahun.

Kedua-duanya tidak perlu melalui pembedahan yang mahal, proses pemulihan yang panjang ataupub ketidakselesaan.

Filler permanent dan temporary diperbuat daripada campuran berbeza, di mana kebaikan dan keburukan masing-masing adalah seperti berikut:

  • Filler temporary biasanya diperbuat daripada asid hialuronik, iaitu molekul yang wujud secara semula jadi dalam haiwan dan manusia. Oleh kerana ia merupakan bahan semula jadi, ia akan memecah selepas tempoh tertentu dan diserap oleh tubuh (biasanya dalam masa 9-12 bulan), lantas akan memerlukan prosedur ulangan. Terdapat filler temporary yang telah diperakui oleh FDA dan diperbuat daripada asid hialuronik stabil bukan buatan haiwan (NASHA), seperti Restylane dan Juvederm.
  • Filler permanent lebih membimbangkan. Buat masa ini, terdapat 2 bahan yang boleh didapati sebagai filler permanent: Polymethylmethacrylate (PMMA) dan Gel Polyacrylamide (PAAG). AAG tidak diperakui oleh FDA. Satu-satunya jenama PMMA yang diluluskan oleh FDA ialah Artefill. Jenama sebelum Artefill, iaitu Artecoll, telah dipasarkan di luar Amerika Syarikat sejak tahun 1994. Walau bagaimanapun, hanya Artefill yang telah diperakui oleh FDA. Bahan-bahan ini tidak akan terbiodegradasi, semakin usia meningkat, perubahan yang didapati daripada bahan ini mungkin akan kelihatan sedikit ganjil.

Adalah penting untuk memilih doktor yang berkelayakan dan berpengalaman untuk melakukan prosedur ini. Suntikan ini dibuat hanya beberapa inci dari mata dan otak anda, dengan jarum yang dipenuhi dengan bahan asing — Anda pasti memerlukan seseorang dengan Tangan ajaib untuk melakukannya.

Untuk prosedur kosmetik invasif minimum ini, pilihan terbaik ialah untuk mendapatkan khidmat konsultasi daripada doktor yang berkelayakan dan membincangkan opsyen anda dengan teliti. Kegagalan suntikan akan memusnahkan rupa paras anda dan lebih banyak wang perlu dibelanjakan untuk kerja pembaikan.

KKLIU 0666/2015 © Klinik Dr. Ko. Direka oleh Shock Media Studio